Tuesday, March 14, 2017

Detox tubuh dengan Herb Lax



Saya ingin bercerita mengenai Herb Lax. Ia dikenali sebagai detox. (detoksifikasi)

Apa itu Detox?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan pada kadar paling optimum.


Herb Lax

- tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali-sekala bagi menyingkirkan toksin dari tubuh.
- membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis iaitu gerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur cerna. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan berjalan dengan lancar.
- Herb Lax ni special sebab ia menggalakkan pembersihan yang lembut dan terbukti secara klinika dan sesuai digunakan untuk jangka masa panjang. Dalam bahasa mudah, buang air besar tanpa rasa sakit.



Di dalam Herb Lax terdapat ramuan asas produk ini yang terdiri dari 9 jenis herba semulajadi iaitu:


  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • blue malva flower
  • Buckhorn Bark
  • Licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seeds
  • culver's root
  • anise seeds
Fungsi setiap herba tersebut ialah:

  1. alfalfa leaves
- Membersihkan usus, darah & hati. Merawat sakit yg melibatkan masalah pencernaan & perkumuhan oleh buah pinggang.

2. Senna Leaves
-merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus & perut, mempercepatkan proses detox dan mengurangkan penyerapan lemak

3. blue malva flower
- membantu proses detox & mengimbangi tekstur kulit.

4. Buckhorn bark
-melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus. Menyokong kesihatan ginjal, hati dan buah pinggang.

5. licorice root
-membantu proses detox.

6. Rhubarb root
- herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

7. Fennel seeds
-mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan & pengambilan alkohol. Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut atau usus.
-menggalakkan penurunan berat badan dan mengawal nafsu makan.
-menggalakkan penyusuan ibu, menyegarkan nafas berbau dan turut mengurangkan period pain.

8. Culver's roots
-membnatu masalah lebihan air dalam badan dan Asthma.

9. Anise Seeds
-merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.


Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat.
  • merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut, sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman teh herba.
  • memudahkan fungsi usus
  • mengurangkan bau badan
  • menghilangkan jeragat
Siapa yang boleh amal Herb Lax ni?

-pengamal tegar ubat tahan sakit
-mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
-pesakit gout
-mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplemen.

Saya pun amal Herb Lax untuk masalah pembuangan, angin dalam badan dan berat badan. Alhamdulillah, berat badan pun dah berkurang banyak selama 3 bulan.

Ini antara testimoni customer yang guna Herb Lax:

"Detox, Masalah sembelit, perut meragam..."

"Sebenarnya sebelum saya mengenali Shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya, muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplemen untuk membuang toksin isitu Herb-Lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan!"

Cara order:-
1. Anda boleh terus tekan Beli Herb Lax
 << di sini untuk terus buat pesanan & pembayaran dengan debit atau kad kredit. Pihak Shaklee akan terus buat penghantaran ke pintu rumah anda dengan perkhidmatan GDEX.

2. Tekan link di sebelah >> Riana untuk terus Whatsapp saya dan bertanyakan terus tentang produk.

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai produk, boleh hubungi saya seperti di bawah.



Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
 Riana
SID: 919816
harzbeauty.riana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
Instagram: harzbeauty

Whatsapp/Telegram: 0192469820


*THIS PRODUCT IS NOT INTENDED TO DIAGNOSE, TREAT, CURE OR PREVENT ANY DISEASES. Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, March 10, 2017

VIVIX SHAKLEE SUPER POWER

Bagi yang belum kenal apa itu VIVIX, VIVIX Shaklee merupakan penemuan Revolusioner oleh Shaklee.Vivix Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Apa itu polifenol?

Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemui di dalam tumbuhan. Polifenol dalam tumbuhan memberi peranan warna pada sesuatu tumbuhan seperti daun pada musim luruh. Polifenol ini berperanan sebagai antioksida yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, penyakit Alzheimer dan antipenuaan.

Polifenol dapat ditemui pada kekacang,teh hijau, anggur merah, anggur putih, pelbagai jenis buah beri, sayuran hijau, minyak zaitun, coklat hitam, delima dan banyak lagi.

Apa itu Resveratrol?

Sejenis Polifenol yang dipanggil Phytoalexin, sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan untuk pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dhasilkan oleh tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrim dan sebagainya lagi.
Tumbuhan yang menggunakan pestisid atau herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana dilindungi oleh racun perosak tersebut.


VIVIX Shaklee.

Vivix Shaklee merupakan produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh saintis Shaklee. Ia dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi dengan kaedah yang sangat teliti dan telah siuji secara klinkal sangat berkesan dan selamat kepada tubuh.

Apakah kandungan Vivix Shaklee?


Dihasilkan dari campuran unik botani polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu.
Gabungan 4 tumbuhan ini menjadikan Vivix sebagai cecair yang hebat kerana ia mengandungi resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi.Kedua-dua bahan ini menjadikan Vivix sangat tinggi kadar antioksidannya iaitu 6000 ORAC (untuk setiap 1 sudu teh) - teramat pekat dan tertinggi di dunia.

Bagaimana Vivix bertindak?

Vivix memperbaiki sel daripada tahap paling asas iaitu DNA. Resveratrol & Polifenol dalam Vivix berperanan untuk memulihkan DNA anda yang mengalami kerosakan akibat radikal bebas pencemaran & cara pemakanan masa kini.

Fungsi Resveratrol & Polifenol


  • merencatkan sel kanser
  • mencegah kanser prostat, pankreas  & hati
  • melindungi jantung
  • melindungi daripada berlakunya kerosakan otak.
  • anti oksidan
  • anti penuaan
  • melindungi saraf
  • melindungi peparu daripada kerosakan DNA & sel.
Siapa yang patut ambil VIVIX?

  • mereka yang berisiko sakit jantung
  • mereka yang mempunyai risiko kanser atau ada keturunan yang berpenyakit kanser.
  • mereka yang menghidap Diabetes
  • Warga emas
  • Yang ingin cantik dan kelihatan muda
  • Yang inginkan kesihatan yang paling optimum.


Pembelian pek berkembar Vivix anda berpeluang mendapat free gift, free membership dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. 

Cara order:-
1. Anda boleh terus tekan Beli VIVIX
 << di sini untuk terus buat pesanan & pembayaran dengan debit atau kad kredit. Pihak Shaklee akan terus buat penghantaran ke pintu rumah anda dengan perkhidmatan GDEX.

2. Tekan link di sebelah >> Riana untuk terus Whatsapp saya dan bertanyakan terus tentang produk.

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai produk, boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
 Riana
SID: 919816
harzbeauty.riana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
Instagram: harzbeauty

Whatsapp/Telegram: 0192469820


*THIS PRODUCT IS NOT INTENDED TO DIAGNOSE, TREAT, CURE OR PREVENT ANY DISEASES. Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, March 9, 2017

Manfaat Lecithin bukan sekadar untuk kurus


Lecithin menjadi sebutan dalam hal menurunkan berat badan, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, memecahkan lemak dan banyak lagi. Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?

Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekatkan pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. Lecithin boleh diperolehi dari kuning telur, jagung, kacang soya dan Lecithin dari kacang soya merupakan 'richest cholesterol-free source of lecithin'. Yang menriknya lagi, LEcithin Shaklee adalah bersumberkan dari kacang soya.
Antara kelebihan-kelebihan Lecithin:

1. Bertindak sebagai pelarut kolesterol, triglycerydes dan lemak-lemak yang lain. Ia banyak membantu mencegah penyakit-penyakit seperti darah tinggi, Stroke, penyakit jantung, arteri yang mengeras. Malah sesetenga pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan sebegini.

2. Kenapa orang yang ingin kurus suka Lecithin? Sebab, ia bertindak mengemulsikan lemak. Tahukah anda Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari akan membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses serapan. Banyak faktor yang menyebabkan membran sel mengeras. Antaranya seperti bahan kimia dalam persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, penambah perisa makanan, racun serangga dan sebagainya. Jadi dengan menambahkan Lecithin dalam pengambilan harian akan menambah baik membran sel.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf jadi kurang efisien. Mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS dapat merasakan kesan yang positif selepas pengambilan Lecithin yang berterusan.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7.  Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang dan penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter. Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Sebab itu ia berguna bagi mereka yang ada alahan, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik, kulit yang lembut dan gebu dan juga mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon seperti epinephrine. Jadi ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala menopause.

13. Lecithin bersama-sama unsur lain digunakan untuk mebuat BILE. Bile ini fungsinya ialah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D, E dan K ke dalam badan.

Bulan March 2017 ini Shaklee promosikan produk Lecithin untuk semua. Anda boleh mendapatkan harga promosi dua botol Lecithin pada harga RM55.65. Untung tau!






Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai produk, boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
 Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
Instagram: nonamanis_shaklee

Whatsapp/Telegram: 0192469820


*THIS PRODUCT IS NOT INTENDED TO DIAGNOSE, TREAT, CURE OR PREVENT ANY DISEASES. Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, March 7, 2017

Kenapa Omega-3 Penting untuk kita?



Apakah Omega-3?


  • Omega-3 juga dikenali sebagai asid lemak  Omega-3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayuran seperti bayam & brokoli.

Apa bezanya di antara Omega-3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran?

  • Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA.
  • DHA & EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA & ALA oleh badan.
Manfaat:
  • Omega-3 juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan.
  • Omega-3 dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi & penyakit jantung)
Kebaikan Omega-3:
  • Kolesterol rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mencegah beberapa jenis kanser
  • Perlindungan terhadap Alzheimer dan Dementia (nyanyuk)
  • Mengurangkan keradangan

Sumber pemakanan Asid Lemak Omega-3
  • Ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna.
  • biji gandum atau bijirin
  • minyak kanola
  • kacang soya & minyak kacang soya
  • biji labu
  • minyak kacang
  • minyak biji Perilla
  • Rumpai laut
  • Udang Krill



Produk Shaklee yang kaya dengan Omega-3 ialah Omega Guard

Proses penyediaan Omega Guard ini melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Omega-3 yang semulajadi di samping itu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Omega Guard bukan diperbuat dari hati ikan yang boleh memberi kesan toksik tetapi dari ikan itu sendiri.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Ianya menyihatkan jantung dan sendi juga amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Siapa yang perlukan Omega Guard ni?

Secara amnya semua orang perlukan Omega Guard untuk mengekalkan kesihatan ditahap optimum.
Namun 5 golongan di bawah memang disyorkan ambil Omega Guard ni.

1) Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Kurangkan risiko bayi lahir pra-matang
  • Kurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan
  • kawal kenaikan berat badan semasa hamil

2) Ibu Menyusu
  • bekalkan khasiat untuk sistem imunisasi anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • membantu penurunan berat badan tanpa jejas penghasilan dan kualiti susu ibu.

3) Kanak-kanak
  • pertumbuhan badan yang sihat & juga kesihatan otak.
  • sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma
  • menguatkan sistem imunisasi badan

4) Mereka yang mempunyai masalah berat badan/obesiti.
  • omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang yang lama.

5) Mereka yang sering dilanda masalah kesihatan.
  • sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi, sakit stroke
  • batuk berkahak, selsema berterusan


Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai produk, boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
 Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
Instagram: nonamanis_shaklee

Whatsapp/Telegram: 0192469820




Tuesday, April 28, 2015

Pengenalan kepada GLA Complex Shaklee

Entry kali ini nak cerita tentang GLA Shaklee. Let's introduce GLA Complex Shaklee!
Mesti ramai yang nak tahu kan.

Apa itu GLA?


Selalunya kita dengar mengenai EPO (Evening Primerose Oil), yang sudah sinonim dengan wanita. Jarang-jarang dengar GLA kan! EPO sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Namun Shaklee tidak mengeluarkan EPO, sebaliknya mengeluarkan sesuatu yang lebih baik berbanding EPO iaitu GLA (Gamma-Linolenic Acid) Complex.

Sejarahnya GLA bermula pada kurun ke - 20, di mana ahli sains Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primerose boleh diekstrak. Hasil analisis itu mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian. Kajian tidak berhenti di situ saja, malah kini dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primerose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan. EFA adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan lenoleic acid kepada GLA.

Kebanyakan GLA yang tersedia di pasaran dihasilkan dari evening primerose oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage seed yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkat keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Siapa yang memerlukan?

Wanita yang menghadapi PMS
Mereka yang menghadapi kencing manis
Mereka yang mengidap darah tinggi.
Mereka yang bimbang dengan berat badan yang berlebihan
Pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
Haid yang tidak teratur
Mereka yang ingin mencantikkan kulit.

Walaupun GLA sinonim dengan wanita, sebenarnya ianya sama penting seperti asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, ianya hanya boleh diperolehi dari makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).



Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:
(Un-tick pada vitamin lain selain GLA)








*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Friday, January 9, 2015

Rawat kencing kotor dengan Garlic dan Alfalfa.

Minggu lepas saya diserang kencing kotor. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Puncanya, mungkin penggunaan tandas awam. Salah sendiri la ni. Sebab kes tak tahan, maka terpaksa guna tandas duduk. Selalunya memang guna tandas cangkung sebab geli dengan tandas duduk. Jadi, dapat la habuannya, walaupun dah berjaga-jaga.

Kencing kotor ini juga dikenali sebagai kencing tak lawas dan ini bukanlah kali pertama berlaku pada saya. Rasanya dari kecil lagi pernah jadi beberapa kali sehingga membawa ke dewasa. Ada pelbagai-bagai punca terjadinya kencing tak lawas.
Dulu hanya mampu pergi ke klinik jumpa doktor dan sambil-sambil buat rawatan sendiri dengan minum banyak air dan minum air barli. Tapi memang menangis-nangislah bila nak buang air. Terasa luka teruk yang amat sangat kat pundi kencing. Tapi tak pernah sampai keluar darah la. 

Kencing kotor amat mudah melanda wanita berbanding lelaki kerana saluran air kencing yang pendek dan perubahan hormon badan wanita. Kalau ke klinik, biasanya doktor akan mendiagnos kan penyakit ini sebagai UTI iaitu Urinary Tract Infection atau jangkitan pada saluran kencing. Bakteria E.Coli bertanggungjawab menyerang saluran kencing. Jika tidak dirawat boleh membawa kesan yang serius kepada buah pinggang. 


Punca & Penyebab

1.Punca sebenar penyakit ini berasal dari kuman di kulit dubur . Salah satunya tabiat mengelap dari belakang ke depan menyebabkan bakteria mula menjangkiti bahagian salur kencing dan membawa ke atas.
2. Hubungan seks juga menjadi faktor penyumbang kepada UTI dimana kemaluan disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
3. Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
4. Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
5. Tidak menukar tuala wanita dengan kerap.


Simptom/Gejala:

1. Kerap terasa ingin buang air kecil, tetapi gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
6. Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman sudah merebak ke atas hingga ke buah pinggang.
7. Sakit pinggang, demam, loya & muntah.

Bila terjadinya simptom 1 & 2, haruslah cepat-cepat buat pencegahan sebelum kuman merebak ke buah pinggang. 

Pencegahan:

1. Minum air dengan banyak (6-8 gelas sehari).
2. Tidak menahan kencing kerana ia akan menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.
3. Mencuci dengan sempurna selepas membuang air.
4. Kurangkan minuman berkafein dan manis.
5. Mengenakan pakaian yang tidak ketat dan diperbuat dari kapas.
6. Tukar panty liner sekerap mungkin.
7. Mengambil vitamin C, Vitamin A dan Zinc untuk menambahkan pertahanan badan.
8. Pengambilan Garlic Complex untuk antibiotik semulajadi.
9. Mengambil supplimen Alfalfa untuk detox dan mencuci buah pinggang.


Garlic
Pengambilannya akan menghalang jangkitan kulat, kuman, virus & yis. Garlic Complex merupakan 100% antibiotik semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan dan sangat diyakini selamat.

Baca kebaikan Garlic lagi di SINI.

Alfalfa

 Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Ianya turut berfungsi dalam mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.


Bagi kes saya, saya mengambil Garlic dan Alfalfa setelah mengesan simptom 1 & 2 pada diri saya. Makan waktu pagi, pada sebelah tengah harinya keadaan beransur baik. Alhamdulillah! Kini ada bantuan selain air barli dan air kosong sekiranya saya diserang lagi UTI ini. Anda pun patut mencuba. Boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:





*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Wednesday, November 12, 2014

Garlic Complex untuk pertahanan badan.


Anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk dan selsema? Tentu tak selesa bukan? Saya nak syorkan anda untuk cuba vitamin ini iaitu Garlic Shaklee. Nak tahu kenapa? Apa kebaikannya? Jom kita bongkar rahsia disebalik Garlic Complex Shaklee ini.

Kelebihan bawang putih sebagai pencuci darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk mencuci darah dan meneutralkan toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Kenapa pilih Garlic Shaklee, bukan produk vitamin yang lain?
Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pembuatan Garlic Complex ini dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan Allicin. 

Apa itu Allicin?
Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih. Allicin ni merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai bahan anti-bakteria dan anti-kulat dan mempunyai sifat penyembuh. Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
Manfaat Allicin kepada kesihatan manusia:
  • Bantu merawat Asthma
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Mengelakkan pertumbuhan kanser.
  • Menurunkan kadar kolestrol.
  • Mernormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Bersifat antibiotik & antibakteria semulajadi.
  • Bantu rawat jangkitan pada kulit seperti kaki makan air.
  • Mempunyai anti-darah beku & anti-aktiviti radang.



Kelebihan Garlic Complex sebagai pencuci darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.





  
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Manfaat Garlic Shaklee untuk kesihatan:

  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk mempertingkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat kuman, virus & yis candida.
  3. Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan tahap imun terhadap penyakit alergi seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  4. Meningkatkan dan membantu masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser, gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum & kadmium yang merupakan logam berat dan toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam-logam ini merupakan penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh kita.
  7. Membantu menurunkan paras kolesterol, mengurangkan pembekuan darah, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.




Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:





*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.