Showing posts with label Garlic Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Garlic Shaklee. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Rawat kencing kotor dengan Garlic dan Alfalfa.

Minggu lepas saya diserang kencing kotor. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Puncanya, mungkin penggunaan tandas awam. Salah sendiri la ni. Sebab kes tak tahan, maka terpaksa guna tandas duduk. Selalunya memang guna tandas cangkung sebab geli dengan tandas duduk. Jadi, dapat la habuannya, walaupun dah berjaga-jaga.

Kencing kotor ini juga dikenali sebagai kencing tak lawas dan ini bukanlah kali pertama berlaku pada saya. Rasanya dari kecil lagi pernah jadi beberapa kali sehingga membawa ke dewasa. Ada pelbagai-bagai punca terjadinya kencing tak lawas.
Dulu hanya mampu pergi ke klinik jumpa doktor dan sambil-sambil buat rawatan sendiri dengan minum banyak air dan minum air barli. Tapi memang menangis-nangislah bila nak buang air. Terasa luka teruk yang amat sangat kat pundi kencing. Tapi tak pernah sampai keluar darah la. 

Kencing kotor amat mudah melanda wanita berbanding lelaki kerana saluran air kencing yang pendek dan perubahan hormon badan wanita. Kalau ke klinik, biasanya doktor akan mendiagnos kan penyakit ini sebagai UTI iaitu Urinary Tract Infection atau jangkitan pada saluran kencing. Bakteria E.Coli bertanggungjawab menyerang saluran kencing. Jika tidak dirawat boleh membawa kesan yang serius kepada buah pinggang. 


Punca & Penyebab

1.Punca sebenar penyakit ini berasal dari kuman di kulit dubur . Salah satunya tabiat mengelap dari belakang ke depan menyebabkan bakteria mula menjangkiti bahagian salur kencing dan membawa ke atas.
2. Hubungan seks juga menjadi faktor penyumbang kepada UTI dimana kemaluan disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
3. Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
4. Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
5. Tidak menukar tuala wanita dengan kerap.


Simptom/Gejala:

1. Kerap terasa ingin buang air kecil, tetapi gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
6. Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman sudah merebak ke atas hingga ke buah pinggang.
7. Sakit pinggang, demam, loya & muntah.

Bila terjadinya simptom 1 & 2, haruslah cepat-cepat buat pencegahan sebelum kuman merebak ke buah pinggang. 

Pencegahan:

1. Minum air dengan banyak (6-8 gelas sehari).
2. Tidak menahan kencing kerana ia akan menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.
3. Mencuci dengan sempurna selepas membuang air.
4. Kurangkan minuman berkafein dan manis.
5. Mengenakan pakaian yang tidak ketat dan diperbuat dari kapas.
6. Tukar panty liner sekerap mungkin.
7. Mengambil vitamin C, Vitamin A dan Zinc untuk menambahkan pertahanan badan.
8. Pengambilan Garlic Complex untuk antibiotik semulajadi.
9. Mengambil supplimen Alfalfa untuk detox dan mencuci buah pinggang.


Garlic
Pengambilannya akan menghalang jangkitan kulat, kuman, virus & yis. Garlic Complex merupakan 100% antibiotik semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan dan sangat diyakini selamat.

Baca kebaikan Garlic lagi di SINI.

Alfalfa

 Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Ianya turut berfungsi dalam mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.


Bagi kes saya, saya mengambil Garlic dan Alfalfa setelah mengesan simptom 1 & 2 pada diri saya. Makan waktu pagi, pada sebelah tengah harinya keadaan beransur baik. Alhamdulillah! Kini ada bantuan selain air barli dan air kosong sekiranya saya diserang lagi UTI ini. Anda pun patut mencuba. Boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:





*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Wednesday, November 12, 2014

Garlic Complex untuk pertahanan badan.


Anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk dan selsema? Tentu tak selesa bukan? Saya nak syorkan anda untuk cuba vitamin ini iaitu Garlic Shaklee. Nak tahu kenapa? Apa kebaikannya? Jom kita bongkar rahsia disebalik Garlic Complex Shaklee ini.

Kelebihan bawang putih sebagai pencuci darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk mencuci darah dan meneutralkan toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Kenapa pilih Garlic Shaklee, bukan produk vitamin yang lain?
Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pembuatan Garlic Complex ini dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan Allicin. 

Apa itu Allicin?
Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih. Allicin ni merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai bahan anti-bakteria dan anti-kulat dan mempunyai sifat penyembuh. Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
Manfaat Allicin kepada kesihatan manusia:
  • Bantu merawat Asthma
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Mengelakkan pertumbuhan kanser.
  • Menurunkan kadar kolestrol.
  • Mernormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Bersifat antibiotik & antibakteria semulajadi.
  • Bantu rawat jangkitan pada kulit seperti kaki makan air.
  • Mempunyai anti-darah beku & anti-aktiviti radang.



Kelebihan Garlic Complex sebagai pencuci darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.





  
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Manfaat Garlic Shaklee untuk kesihatan:

  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk mempertingkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat kuman, virus & yis candida.
  3. Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan tahap imun terhadap penyakit alergi seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  4. Meningkatkan dan membantu masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser, gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum & kadmium yang merupakan logam berat dan toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam-logam ini merupakan penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh kita.
  7. Membantu menurunkan paras kolesterol, mengurangkan pembekuan darah, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.




Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:





*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.