Showing posts with label set kecantikan. Show all posts
Showing posts with label set kecantikan. Show all posts

Tuesday, March 7, 2017

Kenapa Omega-3 Penting untuk kita?



Apakah Omega-3?


  • Omega-3 juga dikenali sebagai asid lemak  Omega-3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayuran seperti bayam & brokoli.

Apa bezanya di antara Omega-3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran?

  • Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA.
  • DHA & EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA & ALA oleh badan.
Manfaat:
  • Omega-3 juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan.
  • Omega-3 dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi & penyakit jantung)
Kebaikan Omega-3:
  • Kolesterol rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mencegah beberapa jenis kanser
  • Perlindungan terhadap Alzheimer dan Dementia (nyanyuk)
  • Mengurangkan keradangan

Sumber pemakanan Asid Lemak Omega-3
  • Ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna.
  • biji gandum atau bijirin
  • minyak kanola
  • kacang soya & minyak kacang soya
  • biji labu
  • minyak kacang
  • minyak biji Perilla
  • Rumpai laut
  • Udang Krill



Produk Shaklee yang kaya dengan Omega-3 ialah Omega Guard

Proses penyediaan Omega Guard ini melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Omega-3 yang semulajadi di samping itu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Omega Guard bukan diperbuat dari hati ikan yang boleh memberi kesan toksik tetapi dari ikan itu sendiri.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Ianya menyihatkan jantung dan sendi juga amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Siapa yang perlukan Omega Guard ni?

Secara amnya semua orang perlukan Omega Guard untuk mengekalkan kesihatan ditahap optimum.
Namun 5 golongan di bawah memang disyorkan ambil Omega Guard ni.

1) Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Kurangkan risiko bayi lahir pra-matang
  • Kurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan
  • kawal kenaikan berat badan semasa hamil

2) Ibu Menyusu
  • bekalkan khasiat untuk sistem imunisasi anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • membantu penurunan berat badan tanpa jejas penghasilan dan kualiti susu ibu.

3) Kanak-kanak
  • pertumbuhan badan yang sihat & juga kesihatan otak.
  • sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma
  • menguatkan sistem imunisasi badan

4) Mereka yang mempunyai masalah berat badan/obesiti.
  • omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang yang lama.

5) Mereka yang sering dilanda masalah kesihatan.
  • sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi, sakit stroke
  • batuk berkahak, selsema berterusan


Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai produk, boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
 Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
Instagram: nonamanis_shaklee

Whatsapp/Telegram: 0192469820




Monday, November 11, 2013

Rawat jerawat dengan set kecantikan

Ramai yang rimas dengan jerawat ni. Ada yang tumbuh sebiji jerawat pun dah kecoh seantero FB, Office..Hehe.. Dan ketahuilah… tak ada seorang manusia di dunia ni yang tak ditumbuhi sebiji jerawat di wajahnya.


Tumbuh jerawat di wajah tak bermakna anda akan terus menderita selamanya. Wajah yang teruk berjerawat ni boleh dipulihkan.

Apa itu jerawat?

Jerawat dikenali juga sebagai acne atau pimples. Jerawat berkait rapat dengan sebum yang berlebihan pada kulit muka. Sebum ini fungsinya melicinkan kulit muka, namun jika berlebihan akan menutup liang pori kulit dan akhirnya akan menimbulkan keradangan pada folikel rambut dan menyebabkan jerawat.

Faktor tumbuhnya jerawat.

1. Perubahan Hormon:
    disebabkan kerana:

  • masalah genetik (keturunan)
  • peningkatan penghasilan sebum.
2. Tersumbatnya pori-pori oleh sebum, kotoran (debu, kosmetik, peluh) dan juga tidak mencuci wajah dengan bersih.

3. Alergi/Alahan - alergi pada bahan tertentu dalam kosmetik.

4. Pola pemakanan. Ada beberapa hujah tertentu yang mengaitkan makanan sebagai punca terjadinya jerawat.

5. Stress.


Cara mengubati jerawat dan menghindar dari jerawat:

  • Menjaga kebersihan kulit
  • Membasmi kuman penyebab jerawat
  • Mengatur gizi makanan yang bersesuaian
  • Menggunakan kosmetik yang sesuai dengan wajah
  • Hindari dari pendedahan yang terlalu lama terhadap matahari.
Selain dari merawat secara luaran, kita boleh turut merawatnya secara dalaman dengan makan vitamin yang bersesuaian dan menjaga pemakanan kita seharian agar seimbang.


Vitamin yang sesuai untuk merawat jerawat anda ialah;
a. Sustained Release Vita C 
b. B-Complex
c. Vita-E Complex

boleh ditambah:- ESP atau GLA untuk mendapatkan kesan lebih hebat.

Apa khasiat Vitamin-vitamin di atas?

Ketiga-tiga vitamin di atas sangat-sangat terkenal kepada pengguna-pengguna shaklee yang lain untuk kecantikan. Memang best seller item dan patut dimiliki oleh wanita yang mementingkan kecantikan diri.
Ini antara khasiat-khasiat dari vitamin tersebut.

Sustained Realease Vita-C

- untuk pembentukan kolagen supaya kulit sentiasa anjal. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan tubuh mudah lebam, kering dan bersisik.
-Pengambilan vitamin C yang cukup membuatkan kulit anda kelihatan bersinar & gebu.
-Pengalaman sendiri: Oh, vitamin C ni memang terbaik. Saya consume 2 biji je sehari. Sebiji pagi dan sebiji sebelum masuk tidur. Baru 1 minggu, wajah terasa sangat-sangat lembut. Bangun pagi, kulit muka terasa lembab (lembab yg sihat ya, bukan yg berminyak tu).
-boleh dijadikan masker muka.

Vitamin B Complex

- Mengurangkan tekanan dan menyahtoksinkan toksin dalam badan.
-Tidak merasa letih.
-Pengalaman sendiri: Tidur on-time dan dapat tidur yang berkualiti. Bangun pagi rasa segar je.

Vita-E Complex

-menjaga kesihatan kulit dari dalam & mengurangkan garis-garis halus pada wajah.
-Untuk anti-penuaan, melambatkan penuaan.
-boleh dijadikan masker muka.


Antara testimoni pelanggan Shaklee yang dah berjaya mencantikkan wajah mereka:






Set cantik ni sangat berbaloi untuk dimiliki sebab ketiga-tiga vitamin ni tahan lebih 3 bulan. Sekarang ni dah jadi rakan baik saya.. Berminat untuk tahu lebih lanjut? Nak tahu cara beli, makan dan sebagainya?



Nak sihat dan cantik secara semulajadi? Jom! Hubungi saya untuk konsultasi percuma.




Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
Norhazriana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty


012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU Klik link di bawah untuk order terus dengan Shaklee.






*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.