Tuesday, March 7, 2017

Kenapa Omega-3 Penting untuk kita?



Apakah Omega-3?


  • Omega-3 juga dikenali sebagai asid lemak  Omega-3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayuran seperti bayam & brokoli.

Apa bezanya di antara Omega-3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran?

  • Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA.
  • DHA & EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA & ALA oleh badan.
Manfaat:
  • Omega-3 juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan.
  • Omega-3 dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi & penyakit jantung)
Kebaikan Omega-3:
  • Kolesterol rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mencegah beberapa jenis kanser
  • Perlindungan terhadap Alzheimer dan Dementia (nyanyuk)
  • Mengurangkan keradangan

Sumber pemakanan Asid Lemak Omega-3
  • Ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna.
  • biji gandum atau bijirin
  • minyak kanola
  • kacang soya & minyak kacang soya
  • biji labu
  • minyak kacang
  • minyak biji Perilla
  • Rumpai laut
  • Udang Krill



Produk Shaklee yang kaya dengan Omega-3 ialah Omega Guard

Proses penyediaan Omega Guard ini melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Omega-3 yang semulajadi di samping itu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Omega Guard bukan diperbuat dari hati ikan yang boleh memberi kesan toksik tetapi dari ikan itu sendiri.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Ianya menyihatkan jantung dan sendi juga amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Siapa yang perlukan Omega Guard ni?

Secara amnya semua orang perlukan Omega Guard untuk mengekalkan kesihatan ditahap optimum.
Namun 5 golongan di bawah memang disyorkan ambil Omega Guard ni.

1) Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Kurangkan risiko bayi lahir pra-matang
  • Kurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan
  • kawal kenaikan berat badan semasa hamil

2) Ibu Menyusu
  • bekalkan khasiat untuk sistem imunisasi anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • membantu penurunan berat badan tanpa jejas penghasilan dan kualiti susu ibu.

3) Kanak-kanak
  • pertumbuhan badan yang sihat & juga kesihatan otak.
  • sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma
  • menguatkan sistem imunisasi badan

4) Mereka yang mempunyai masalah berat badan/obesiti.
  • omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang yang lama.

5) Mereka yang sering dilanda masalah kesihatan.
  • sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi, sakit stroke
  • batuk berkahak, selsema berterusan


Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai produk, boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
 Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
Instagram: nonamanis_shaklee

Whatsapp/Telegram: 0192469820




No comments:

Post a Comment