Selsema atau dikenali juga sebagai demam selsema merupakan campuran beberapa jenis gejala yang mengganggu saluran pernafasan. Gejala-gejala ini lebih bersifat akut dan terhad yang sering ditunjukkan oleh gejala-gejala seperti hidung berhingus, tersumbat dan berair serta bersin.
Cecair yang jernih keluar dari rongga hidung yang dijangkiti merupakan tanda utama selsema. Cairan yang mulanya cair akan bertukar menjadi lebih pekat, bermukus dan bernanah. Umum beranggapan keadaan ini disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bagaimanapun, virus boleh menyebabkan reaksi inflamatori tersendiri yang menghasilkan mukus. Kerosakan sel yang berlaku boleh menjadi bertambah teruk bergantung kepada jenis virus yang dihidap. Terdapat lebih kurang 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema.
Gejala selsema yang disebabkan oleh jangkitan virus selalunya berlaku dengan cepat. Selain daripada struktur nasal atau hidung yang terganggu, tempat-tempat lain di sepanjang sistem pernafasan mungkin turut dipengaruhi.
Penghidap akan mengalami gejala-gejala tersebut dengan cepat dan berterusan untuk beberapa hari iaitu antara satu hingga empat hari. Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang komplikasi, jangka masa jangkitan akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk reda.
Gangguan setempat batuk, sakit tekak, sakit telinga, sakit kepala,demam dan sakit otot merupakan komplikasi yang mungkin timbul.Kombinasi gangguan di hidung, pengeluaran hingus dan hidung tersumbat akan menyebabkan bersin.
Rawatan Dan PencegahanSekiranya tidak terdapat komplikasi penyakit lain yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, demam selsema yang biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus. Ubat-ubatan yang digunakan hanya berupaya untuk memberi kelegaan sementara ketika sistem pertahanan tubuh cuba melawan dan menghapuskan serangan virus tersebut dan membaiki kerosakan yang telah berlaku.
Penghidap selsema memerlukan rehat dan cuba elakkan daripada terdedah kepada cuaca sejuk yang berlebihan. Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk menghalang berlakunya dehidrasi.
Peredaran udara yang baik juga akan turut membantu meningkatkan keselesaan pesakit. Namun rawatan pakar perubatan diperlukan sekiranya komplikasi lain timbul hingga menyebabkan jangkitan dada yang kronik atau gangguan telinga.
Selsema boleh merebak secara terus dari individu ke individu lain tanpa sebarang perantaraan seperti makanan, air atau binatang. Lazimnya virus disebarkan melalui titis-titis air yang dikeluarkan melalui sistem pernafasan dan bersin. Oleh itu, cara utama dalam mengurangkan penyebaran jangkitan ialah dengan memisahkan pesakit. Biasanya, sebelum penyakit itu berjaya dikesan, virus selsema tersebut telah tersebar kepada orang lain.
Omega Guard dan Selsema.
Bagaimana Omega Guard membantu?
1) Omega-3 berfungsi mencegah keradangan di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk dan selsema.
2) Omega-3 berfungsi melegakan simptom batuk dan selsema dengan melancarkan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak.
3) Omega-3 melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-keradangan bagi meningkat imun tubuh.
3 fungsi Omega Guard ini amat membantu dalam memulihkan batuk dan selsema.
Pengalaman sendiri, saya pernah keputusan Omega Guard selama sebulan. Jadi, tak disangka setelah lebih 8 bulan tak sakit dan demam tiba-tiba berjangkit selsema. Memang betul-betul ketika Omega Guard habis. Jadi, menanggung sakit demam dan selsema yang merengsakan. Mulai hari itu, Omega Guard sentiasa ada dalam rumah.
Jom untuk hidup sihat dan amalkan vitamin semulajadi. Tiada kesan sampingan. Tiada Bahan kimia.
Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty
012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
No comments:
Post a Comment