Tuesday, April 28, 2015

Pengenalan kepada GLA Complex Shaklee

Entry kali ini nak cerita tentang GLA Shaklee. Let's introduce GLA Complex Shaklee!
Mesti ramai yang nak tahu kan.

Apa itu GLA?


Selalunya kita dengar mengenai EPO (Evening Primerose Oil), yang sudah sinonim dengan wanita. Jarang-jarang dengar GLA kan! EPO sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Namun Shaklee tidak mengeluarkan EPO, sebaliknya mengeluarkan sesuatu yang lebih baik berbanding EPO iaitu GLA (Gamma-Linolenic Acid) Complex.

Sejarahnya GLA bermula pada kurun ke - 20, di mana ahli sains Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primerose boleh diekstrak. Hasil analisis itu mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian. Kajian tidak berhenti di situ saja, malah kini dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primerose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan. EFA adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan lenoleic acid kepada GLA.

Kebanyakan GLA yang tersedia di pasaran dihasilkan dari evening primerose oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage seed yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkat keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Siapa yang memerlukan?

Wanita yang menghadapi PMS
Mereka yang menghadapi kencing manis
Mereka yang mengidap darah tinggi.
Mereka yang bimbang dengan berat badan yang berlebihan
Pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
Haid yang tidak teratur
Mereka yang ingin mencantikkan kulit.

Walaupun GLA sinonim dengan wanita, sebenarnya ianya sama penting seperti asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, ianya hanya boleh diperolehi dari makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).



Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:
(Un-tick pada vitamin lain selain GLA)








*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Friday, January 9, 2015

Rawat kencing kotor dengan Garlic dan Alfalfa.

Minggu lepas saya diserang kencing kotor. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Puncanya, mungkin penggunaan tandas awam. Salah sendiri la ni. Sebab kes tak tahan, maka terpaksa guna tandas duduk. Selalunya memang guna tandas cangkung sebab geli dengan tandas duduk. Jadi, dapat la habuannya, walaupun dah berjaga-jaga.

Kencing kotor ini juga dikenali sebagai kencing tak lawas dan ini bukanlah kali pertama berlaku pada saya. Rasanya dari kecil lagi pernah jadi beberapa kali sehingga membawa ke dewasa. Ada pelbagai-bagai punca terjadinya kencing tak lawas.
Dulu hanya mampu pergi ke klinik jumpa doktor dan sambil-sambil buat rawatan sendiri dengan minum banyak air dan minum air barli. Tapi memang menangis-nangislah bila nak buang air. Terasa luka teruk yang amat sangat kat pundi kencing. Tapi tak pernah sampai keluar darah la. 

Kencing kotor amat mudah melanda wanita berbanding lelaki kerana saluran air kencing yang pendek dan perubahan hormon badan wanita. Kalau ke klinik, biasanya doktor akan mendiagnos kan penyakit ini sebagai UTI iaitu Urinary Tract Infection atau jangkitan pada saluran kencing. Bakteria E.Coli bertanggungjawab menyerang saluran kencing. Jika tidak dirawat boleh membawa kesan yang serius kepada buah pinggang. 


Punca & Penyebab

1.Punca sebenar penyakit ini berasal dari kuman di kulit dubur . Salah satunya tabiat mengelap dari belakang ke depan menyebabkan bakteria mula menjangkiti bahagian salur kencing dan membawa ke atas.
2. Hubungan seks juga menjadi faktor penyumbang kepada UTI dimana kemaluan disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
3. Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
4. Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
5. Tidak menukar tuala wanita dengan kerap.


Simptom/Gejala:

1. Kerap terasa ingin buang air kecil, tetapi gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
6. Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman sudah merebak ke atas hingga ke buah pinggang.
7. Sakit pinggang, demam, loya & muntah.

Bila terjadinya simptom 1 & 2, haruslah cepat-cepat buat pencegahan sebelum kuman merebak ke buah pinggang. 

Pencegahan:

1. Minum air dengan banyak (6-8 gelas sehari).
2. Tidak menahan kencing kerana ia akan menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.
3. Mencuci dengan sempurna selepas membuang air.
4. Kurangkan minuman berkafein dan manis.
5. Mengenakan pakaian yang tidak ketat dan diperbuat dari kapas.
6. Tukar panty liner sekerap mungkin.
7. Mengambil vitamin C, Vitamin A dan Zinc untuk menambahkan pertahanan badan.
8. Pengambilan Garlic Complex untuk antibiotik semulajadi.
9. Mengambil supplimen Alfalfa untuk detox dan mencuci buah pinggang.


Garlic
Pengambilannya akan menghalang jangkitan kulat, kuman, virus & yis. Garlic Complex merupakan 100% antibiotik semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan dan sangat diyakini selamat.

Baca kebaikan Garlic lagi di SINI.

Alfalfa

 Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Ianya turut berfungsi dalam mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.


Bagi kes saya, saya mengambil Garlic dan Alfalfa setelah mengesan simptom 1 & 2 pada diri saya. Makan waktu pagi, pada sebelah tengah harinya keadaan beransur baik. Alhamdulillah! Kini ada bantuan selain air barli dan air kosong sekiranya saya diserang lagi UTI ini. Anda pun patut mencuba. Boleh hubungi saya seperti di bawah.


Hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Anda:
iR Riana
SID: 919816
hazryana@gmail.com
FB:HARZ Care & Beauty

012-6619410 (Call/SMS/Whatsapp)

ATAU boleh terus membeli dengan Klik terus link di bawah:





*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.